Sunday, June 19, 2011

Puting Beliung Mersing, Johor 17 Jun 2011

Puting Beliung Mersing, Johor 17 Jun 2011


Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan Tragedi Puting Beliung Jasin Melaka seperti mana yang Blog Come Sokmo kongsikan di SINI, kali ini pada 17 Jun 2011 yang lalu iaitu pada hari Jumaat yang lalu, puting beliung terbaru dilaporkan berlaku di Mersing, Johor. Keasyikan berehat di waktu petang menjadi igauan ngeri bagi penduduk dua kampung di Mersing, apabila rumah yang didiami rosak di pukul ribut kira-kira jam 3.45 petang pada hari kejadian.




Dalam kejadian tersebut, lebih 30 rumah di Kampung Pengkalan Batu dan Kampung Bahagia terlibat, namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Antara video puting beliung Mersing, Johor yang sempat dirakamkan oleh beberapa orang penduduk setempat:





Ini semua tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai peringatan kepada kita agar sentiasa ingat kepada Allah dan sentiasalah meningkatkan amalan kita. Ajal boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja.




Share This

2 comments:

Pinkbubblegumprincess said...

sungguh menakutkan bila di Malaysia pun dah berlaku puting beliung ni..huhu

Unknown said...

princess ayu: yupp..bumi dah tua dah..kite kena sentiasa ingat dunia ne dh x lama dah..:)

Designed By Blogger Templates