Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan Tragedi Puting Beliung Jasin Melaka seperti mana yang Blog Come Sokmo kongsikan di SINI, kali ini pada 17 Jun 2011 yang lalu iaitu pada hari Jumaat yang lalu, puting beliung terbaru dilaporkan berlaku di Mersing, Johor. Keasyikan berehat di waktu petang menjadi igauan ngeri bagi penduduk dua kampung di Mersing, apabila rumah yang didiami rosak di pukul ribut kira-kira jam 3.45 petang pada hari kejadian.