Sunday, August 8, 2010

Lawak Hari Ini

Lawak Hari Ini

Lawak 1
Majikan : kamu di pecat!
Pekerja : tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat..


Lawak 2
Tuan rumah : adakah kamu telah mencuci ikan ini sebelum kamu mengorengnya.
Pembantu rumah : saya fikir itu tidak perlu apa gunanya mencuci ikan yang memang berada dalam air seumur hidupnya.


Lawak 3
Seorang penumpang kapal terbang bertanya kepada seorang wanita tua disebelahnya.

Penumpang : makcik tahu tak nama lapangan terbang yang kita lepasi tadi?
Makcik : tidak. makcik tak tau. kenapa?
Penumpang : sebab anak makcik turun di situ tadi dan tidak naik semula.


Lawak 4
Guru : louie, jika saya beri awak dua ekor arnab hari ini, dan dua ekor lagi pagi esok berapa ekor arnab yang kamu ada di rumah?
Louie : tujuh
Guru : apa maksud kamu "tujuh"?
Louie : yalah, saya sudah ada tiga ekor arnab di rumah.


Lawak 5
Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : inilah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!


Lawak 6
Anak ular : ibu, kita nie beracun tak?
Ibu ular : tidak. mengapa tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit lidah saya!


p/s..semoga terhibur..
Share This

3 comments:

Ken Wooi said...

memang terhibur =)

Hamli Sanai said...

Huhu, gelak dimalam hari~~

Unknown said...

haha..jgn gelak lebih2..

Designed By Blogger Templates