Sunday, November 1, 2009

Kelantan Bertemu Negeri Sembilan di Final Piala Malaysia

Kelantan Bertemu Negeri Sembilan di Final Piala Malaysia






HATRIK daripada Nor Farhan Mohamad menjulang Kelantan layak ke final Piala Malaysia pertama mereka dalam tempoh 39 tahun selepas gah menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi.

Kejayaan agregat 5-1 itu menyaksikan The Red Warriors bakal bertemu Negeri Sembilan - lawan yang menewaskan Terengganu, juga dengan angka jaringan sama - bagi memburu mahkota kejuaraan edisi kali ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 November ini.


Ketiadaan tonggak tengah, Indra Putra Mahyuddin sedikit pun tidak menjejaskan anak didik B Sathianathan dengan Nor Farhan membuktikan Kelantan mampu berdiri tinggi tanpanya apabila menjaringkan semua gol pasukan minit ke-26, 53 dan 87.

Kelantan yang bijak menyerap asakan lawan membuka jaringan melalui Nor Farhan yang berjaya melepasi kekangan Fauzi Nan sebelum tenang menolak masuk bola ke dalam gawang Perlis.

Selepas rehat, pelawat melebarkan jaringan apabila Nor Farhan sekali lagi mempamerkan kawalan bola cemerlang dan hantaran lintangnya dari kanan kotak penalti terkena pertahanan Perlis sebelum melepasi penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.

Perlis bagaimanapun terus mencari gol pertama dan akhirnya berjaya disempurnakan Firdaus Fauzi pada minit ke-70 yang meloloskan diri daripada pertahanan sebelum menyepak tenang melepasi Halim.

Namun, ia gagal menghalang gemilang Nor Farhan dan Kelantan apabila penyudah tepat pemain berkenaan menewaskan Farizal untuk meletakkan Kelantan dalam buruan gelaran pertama selepas gagal pada 1970 dan 1955-Berita Harian






Share This

4 comments:

Mohd Hasifi said...

akhirnye..
knyataan mnjdi realiti..
huhu..
moga team terbaek mnang..
tpi hrp2 n9 ar..
hoho..

prediction:klntn 1-3 n9...

p/s:jmpe kt bkit jlil..

aPiHaSe said...

haha..ak mmg agak n9 mng...tp tgk dulu r..kang x pasal2 penalti pulak..trauma aku..hehe

p/s/s...orait..jumpe kt sane

Mohd Hasifi said...

fan klntn-60000
fan n9-20000

cmne nie?
tnggelam ar fan n9 nnt..
hak3

aPiHaSe said...

no hal la..ramai x semestinye menang..hehe

Designed By Blogger Templates