Friday, May 8, 2009

wHo SaY EngLisH is EasY ???


~ TrY tHis Question ~


FILL IN THE BLANK (EITHER "YES" OR "NO" )




_______, I AM A COW.




Continue Reading

Saturday, May 2, 2009

++ LaSkaR PeLaNgi ++

Alhamdulillah....td baru je abis tgk movie setelah berminggu-minggu x tgk dek kerana kesibukan diri...LASKAR PELANGI tajuk movie yg diberi...first2 tu mmg x tau apo ko bondo ngan laskar pelangi tu...citer tu made in indonesia...
setelah selesai tgk citer tu..ak pun ape lg cube analisis dan memikirkan motif yg cube disampaikan...actually ak mmg kagum n tercari-cari citer yg mcm2 ne terutama di bumi Malaysia yg asyik2 ngan citer seram bodoh tu..
overall citer ne mengisahkan kehidupan anak2 miskin yg mempunyai keinginan utk belajar dan membantu keluarga mrk..disebabkan kesempitan hidup, mrk terpaksa bersekolah di sekolah yg serba kekurangan, malah sekolah tersebut hampir ditutup disebabkan bilangan pelajar x mencukupi..namun segalanye berjaya ditempuh dgn sabar dan tabah...di sekolah tersebut hanya terdpt 3 org guru yg benar2 ikhlas membantu anak2 miskin di kampung mrk...
tersentuh hati ini bila melihat seorg pelajar menempuh semak samun utk sampai ke sekolah dgn berbasikal,ditambah pula terpaksa berdepan ngn buaya yg lalu lintas di tgh jalan setiap hari...namun demi ilmu yg dicari, die sanggup melaluinye jua..
satu bende lg yg saya tertarik adalah mengenai sistem pendidikan yg diajar di sana....jauh benor ngan Malaysia.....bayangkan budak sekolah rendah darjah 5 dh belajar bende2 yg kite belajar mase sekolah menengah....siap bg rumus velocity(v)...pelajaran merangkumi sume bende...agama, sains, kesenian, math DLL...memang kow2 punye..sampaikan name seniman beserta tajuk puisi yg ditulis pn diorg ingat..ak pn dpt ingat satu lps tgk movie ne...puisi yg bertajuk "AKU" ditulis oleh Hairul Anuar....cehh...satu lg, disebabkan didikan agama yg diberikan, mrk mampu utk menegur kawan2 mrk yg nk pegi ke gua yg ade keramat utk meminta sesuatu dgn mengatakan, "itu semua perbuatan syirik ! jgn ikut !"
budak sekecil itu mampu mengatakannya...
ape2 pun citer ne mmg best dr segi pengajaran yg diberi...bagus2...10 bintang ak bg..
Continue Reading

Friday, May 1, 2009

"Kepimpinan ulama jadi tarikan pelancong ke Kelantan" -HarakahDaily.Net

KOTA BAHRU, 30 April (Hrkh) - Kemampuan ulama mentadbir negeri bukan lagi menjadi perkara asing di negara ini, malah di Kelantan kepimpinan ulama mampu bertahan sehingga menjangkau 20 tahun.

Ulama melaksanakan kepemimpinannya mengikut apa yang ditetapkan agama. Lebih-lebih Islam menjadi fikrah kepada kehidupan manusia.
Maka tidak hairanlah situasi kehidupan beragama lebih menyerlah di Kelantan berbanding tempat-tempat lain.
Sepanjang tempoh itu ternyata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya membawa rakyat Kelantan kembali mendaulatkan agama dalam kehidupan harian.
Maka tidak hairanlah Kelantan sering menjadi destinasi kunjungan pelbagai pihak untuk melihat dari dekat apa yang berlaku di bawah pentadbiran PAS.
Biar pun Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam pernah melarang kakitangan kerajaan negeri itu melawat Kelantan, namun rakyat tidak pernah menghiraukannya.
Dan baru-baru ini Ali menarik balik larangan tersebut setelah akur dengan desakan rakyat.
Setiap cuti hujung minggu rakyat dari negeri-negeri lain bertali arus datang ke Kelantan.
Baru-baru ini seramai 50 kakitangan ibu pejabat Telekom Malaysia mengunjungi Menteri Besar Kelantan di kediaman rasminya di JKR 10.
Pada kunjungan ke Kelantan rombongan terbabit juga menyampaikan sumbangan kewangan kepada madrasah tahfiz di Ketereh dan Rantau Panjang.
Lebih menarik perhatian mereka apabila dapat mendengar sendiri ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sarat dengan nasihat-nasihat agama.
Seorang daripada mereka yang enggan dikenali berkata, ucapan Menteri Besar Kelantan banyak menyelit pengajaran-pengajaran agama yang boleh menjadi panduan dalam kehidupan seharian.
Pada ucapan itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, perlaksanaan dasar kerajaan adalah sebahagian daripada cabang seni dalam kepimpinan.
"Rakyat sampai bila pun tidak akan menemui titik perpaduan sebenar jika dasar dibuat oleh pimpinan kerajaan yang tidak ada seni.
"Begitu juga demokrasi. Kekuatannya bergantung pada seni kepimpinan kerajaan. Sebab itu keadilan, ketelusan adalah wajib dalam melaksanakan dasar pemerintahan. Dan itulah yang dikatakan seni," katanya.
Continue Reading
Designed By Blogger Templates