Sunday, November 22, 2009

Senarai Penuh Pemain Kelantan Musim 2010


1. Sy Adney
2. Md Shah
3. Khairul Fahmi
4. S.Subramaniam
5. Zamri Ramli
6. Farisham
7. Rizal
8. Azizi Mat Rose
9. Sarudy
10. Zairul Fitree
11. Daudsu
12. Badri
13. Shakir
14. Khairan
15. W Zaman
16. Indraputra Mahayuddin
17. Norfarhan
18. Zul Yusri
19. Azlan
20. Nor Shahrul Idlan
21. Akmal Rizal
22. Nizad
23. Che Hishamuddin
24. S. Chanthuru
25. Ramzul


Player baru Kelantan FA musim 2010 -

Syed Adney Syed Hussien (My-Team),
Norshahrul Idlan Talaha (My-Team),
Shakir Shaari (My-Team),
S. Chanturu (P.Pinang),
S. Subramaniam (Perak),
Akmal Rizal Rakhli (KM Naza),
Azizi Che Ros (Perlis).

Pemain yang keluar/drop

HALIM NAPI
KHALID JAMLUS
SERUL
NAFUZI
EZRIE
NORMI
SAPUAN
FAIZUL CHE NOH
Continue Reading

Wednesday, November 18, 2009

Skuad Kelantan Borong Pemain Musim Depan...




KEKECEWAAN menjuarai Piala Malaysia sekadar menguatkan lagi azam Kelantan untuk tampil lebih perkasa musim depan, apabila menamakan penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussin dan Akmal Rizal Rakhli dalam senarai 25 pemainnya untuk mengharungi saingan Liga Super 2010.

Kehadiran dua pemain dari UPB-MyTeam dan Kuala Muda (KM) Naza itu juga menyaksikan penjaga gol kontroversi, Halim Napi dan penyerang, Khalid Jamlus diketepikan bersama empat lagi pemain skuad musim ini, manakala lima lagi pemain dibawa masuk.

Turut bergelar The Red Warriors kini ialah dua lagi pemain MyTeam - Nor Shahrul Idlan Talaha (penyerang) dan Shakir Shaari (tengah) - bekas pertahanan KM Naza, Azizi Mat Rose; bekas kapten Perak, S Subramaniam (pertahanan) dan penyerang Pulau Pinang, S Chanturu.Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) juga sedang dalam rundingan mendapatkan khidmat pertahanan kebangsaan yang kini beraksi bersama KL Plus, Nor Hafiz Zamani Misbah, sebelum menumpukan perhatian menghadapi musim baru yang bermula Januari depan.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, ketika mengumumkan senarai pemain terbabit, berkata semua pemain berkenaan sudah menandatangani kontrak bersama Kelantan dan akan diperkenalkan kepada peminat pada majlis di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Sabtu ini.

"Sebahagian besar pemain musim ini termasuk kapten, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azlan Zainal dikekalkan selepas pengurusan berpuas hati dengan prestasi mereka terutama kejayaan memasuki final Piala FA dan Piala Malaysia.

"Kami berharap kehadiran tujuh pemain yang masing-masing mempunyai kelebihan dan pengalaman tersendiri itu dapat mengatasi kelemahan ketara Kelantan musim ini terutama di posisi penjaga gol, pertahanan dan tengah," katanya.

Annuar berkata, Kafa sudah mengemukakan tawaran kepada Halim untuk mengisi jawatan penolong jurulatih kepada penjaga gol kerana pengalaman luasnya dalam liga tempatan dan Kafa kini masih menunggu jawapan daripada pemain berusia 38 tahun itu.

"Khalid pula diketepikan kerana pada musim depan kerana kami mahu mengamalkan corak permainan pantas yang menuntut setiap pemain memiliki tenaga, daya tahan dan stamina dan atas sebab itu kami membawa masuk pemain baru yang lebih pantas," katanya.

Beliau turut mengumumkan B Sathianathan terus diberikan kepercayaan memikul tanggungjawab selaku ketua jurulatih bersama pembantunya, Hashim Mustapha, Sidek Shamsuddin dan Ismail Bakar.
Continue Reading

Sunday, November 8, 2009

Hobin Jang Hobin




hahha....tahniah diucapkan kpd team rusa krn telah berjaye mengalahkan kijang...korang main memang best r...
memandangkan jiwa ne masih kacau dan moral down, tiada ape lg yg boleh dikatakn...
tgk2 je la gmbar2 kt bawah......menang sorak je la nampaknye..kihkih







Continue Reading

Sunday, November 1, 2009

Kelantan Bertemu Negeri Sembilan di Final Piala Malaysia






HATRIK daripada Nor Farhan Mohamad menjulang Kelantan layak ke final Piala Malaysia pertama mereka dalam tempoh 39 tahun selepas gah menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi.

Kejayaan agregat 5-1 itu menyaksikan The Red Warriors bakal bertemu Negeri Sembilan - lawan yang menewaskan Terengganu, juga dengan angka jaringan sama - bagi memburu mahkota kejuaraan edisi kali ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 November ini.


Ketiadaan tonggak tengah, Indra Putra Mahyuddin sedikit pun tidak menjejaskan anak didik B Sathianathan dengan Nor Farhan membuktikan Kelantan mampu berdiri tinggi tanpanya apabila menjaringkan semua gol pasukan minit ke-26, 53 dan 87.

Kelantan yang bijak menyerap asakan lawan membuka jaringan melalui Nor Farhan yang berjaya melepasi kekangan Fauzi Nan sebelum tenang menolak masuk bola ke dalam gawang Perlis.

Selepas rehat, pelawat melebarkan jaringan apabila Nor Farhan sekali lagi mempamerkan kawalan bola cemerlang dan hantaran lintangnya dari kanan kotak penalti terkena pertahanan Perlis sebelum melepasi penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.

Perlis bagaimanapun terus mencari gol pertama dan akhirnya berjaya disempurnakan Firdaus Fauzi pada minit ke-70 yang meloloskan diri daripada pertahanan sebelum menyepak tenang melepasi Halim.

Namun, ia gagal menghalang gemilang Nor Farhan dan Kelantan apabila penyudah tepat pemain berkenaan menewaskan Farizal untuk meletakkan Kelantan dalam buruan gelaran pertama selepas gagal pada 1970 dan 1955-Berita Harian






Continue Reading
Designed By Blogger Templates